RASIONAL

Peribadi seorang belia itu adalah berharga. Peribadi yang sedang bertumbuh, berpotensi dan pada setiap peribadi ini, mempunyai satu kerinduan untuk mengisi ruang diri yang tidak boleh dipuaskan oleh hiburan duniawi melainkan oleh kepenuhan yang berasal daripada Tuhan.

                 

Justru itu kekosongan dalam hidup sering membawa kepada persoalan apakah sebenarnya tujuan hidup ini? Apakah erti hidup ini? Apakah ada kehidupan selepas kematian? Siapakah saya ini sebenarnya? Mengapa saya lahir di dunia ini? Segala persoalan ini sering membawa belia kepada suatu pencarian dalam hidup. Dalam masa yang sama, dunia mengambil kesempatan atas kekeliruan dan kekosongan ini dan menawarkan banyak keseronokan dalam bentuk kebendaan,wang ringgit atau populariti yang akhirnya membawa mereka kepada kehidupan tanpa arah tuju. Malah ramai belia terperangkap dalam situasi ini sehingga membiarkan diri terus dibelenggu dan akhirnya hanyut dalam arus keseronokan dunia, bergumul dengan masalah, hidup dalam ketakutan,kebingungan,tiada ketenangan serta kebahagiaan,hidup tanpa harapan dan akhirnya hilang kepercayaan kepada Tuhan.

 

Apabila hidup ini hilang ertinya dan merasa segalanya telah musnah maka seseorang belia itu tidak lagi dapat membezakan baik-buruknya hidup ini. Baginya perkara yang utama adalah kehidupan yang penuh dengan keseronokan. Ia tidak tidak lagi peduli tentang sekelilingnya dan langsung tidak memikirkan tentang masa depan dan tujuan hidupnya di dunia ini.

 

Berbalik kepada tema “Guru yang baik, apakah yang harus ku perbuat untuk memperolehi hidup yang kekal..?” Dapatkah para belia mampu memahami keadaan yang berlaku dalam hidup mereka?

PBK-11 ini merupakan suatu penyataan kepada para belia bahawa gereja mengambil berat tentang kehidupan mereka serta ingin berjalan bersama dengan mereka. Ia juga  suatu peluang untuk menyegarkan dan meneguhkan kembali iman para belia yang semakin dihimpit oleh arus negatif globalisasi dan pelbagai bentuk pilihan hidup yang sangat mementingkan kebendaan dan hiburan.

 

Banyak aktiviti belia yang dianjurkan untuk membantu perkembangan iman mereka, namun realitinya, aktiviti-aktiviti yang diadakan masih jauh daripada cukup untuk menampung kebingungan dan kerapuhan iman para belia. Kita masih melihat ramai yang tidak setia kepada Yesus di dalam sabda dan Ekaristi, di mana Yesus hadir secara nyata.

 

Melalui aktiviti-aktiviti PBK-11, para peserta saling dapat mengongsikan pengalaman iman, kepahitan, kelukaan, kegembiraan,kurnia yang mereka miliki dan mengalami cinta kasih Tuhan melalui persahabatan dengan sesama. Terlebih penting, mereka diharapkan dapat menemui ruang pertobatan yang membawa mereka kembali kepada Tuhan dan setia kepada sabdaNya dan menjadikan Ekaristi sebagai sumber kekuatan iman mereka.

 

Belia juga akan sedar tentang cabaran dunia masakini, agar mereka lebih berfikir secara kritikal dan global, disamping menyedari peranan mereka dalam perkembangan gereja sebagai pemimpin dimasa akan datang. Setelah para peserta mengalami sendiri kehadiran Tuhan dalam hidup mereka, mereka akan dapat didorong menjadi murid-murid Yesus yang setia, efektif dan lebih komited dalam pelayanan pada sesama belia, keluarga dan masyarakat.

 

 

Tema

Tema PBK-11 ini diambil dari tema Hari Belia Sedunia tahun ini iaitu ”Guru yang baik, apakah yang harus ku perbuat untuk memperolehi hidup yang kekal?” (Markus 10:17)

 

Peserta sasaran

Pesta ini dibuka kepada semua belia Katolik Keuskupan Agung kota Kinabalu yang berusia 15 tahun ke atas, yang datang dari pelbagai bahasa, bangsa dan latar belakang kehidupan.

 

Objektif

1.       Agar para belia menyedari, menghargai dan menghidupi panggilan sebagai kristian katolik

2.       Agar para belia lebih berani untuk meneruskan misi kristus dalam dunia masa kini.

 

Matlamat                                                                                    

Adalah diharapkan agar melalui PBK-11 ini, para belia menyedari, menghargai dan menghidupi panggilan sebagai kristian katolik serta para belia lebih berani untuk meneruskan misi kristus dalam dunia masa kini.

 

Tarikh

5-9 September 2010 (4 hari 3 malam) pada musim cuti sekolah.

 

Tempat

Katedral Sacred Heart Kota Kinabalu, Sabah.